Latar belakang pendidikan Sukarti Wakiman

Sukarti memulakan pendidikan di Sekolah Rendah Kerupang Labuan pada tahun 1961, sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sabak Bernam, Selangor pada tahun 1967, dan Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur pada tahun 1970.

Pada tahun 1974, beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Sosiologi dan Antropologi pada tahun 1977.